Google Groups no longer supports new Usenet posts or subscriptions. Historical content remains viewable.
Dismiss

Parasit Perbankan & Rasional Larangan Riba

1 view
Skip to first unread message

dBono

unread,
Jul 8, 2009, 11:53:11 AM7/8/09
to
Fakta Perbincangan:

Rumah berharga RM100k, pinjaman selama 30 tahun, dan anggaran kadar
riba pada kadar 9% setahun (+BLR%). Mengikut prinsip perbankan Islam
al-Bai-Bithaman Ajil, bank akan membeli rumah daripada pemaju pada
harga RM100k, dan kemudian menjualkan kepada anda pada harga RM400k.

Bagaimana rumah yang berharga RM100k boleh menjadi RM400k? Ini kerana
bank mencampurkan kiraan riba 30 tahun dan pada kadar 9% setahun
($9,000 x 30 tahun + $100k). Bagaimana kalau rumah anda berharga
RM200k? Maka jumlah dicampur riba ialah RM800k, RM1.2 juta bagi rumah
berharga RM300k, dan seterusnya. Kembali kepada nilai rumah $100k dan
bagi perbincangan ini, kita mengambil angka terdekat RM400k sebagai
Harga Jualan kepada Peminjam.

Fakta adalah contoh sistem dan pihak pembaca boleh membuat
penyelidikan bagi kadar faedah sebenar dan kiraan paling tepat.
Perbincangan memfokuskan untuk memberi perbezaan yang menggambarkan
kesan apabila bank meminta Peminjam membayar wang yang lebih besar
daripada wang yang dicipta di dalam ekonomi ["Wang dikendaki bayar
(principal +riba)" > "Wang dicipta atau wujud (principal)"]. Anda juga
disarankan membaca kisah berkaitan Sejarah Knights Templar dan Yahudi
Zionis (must read) dan melihat bagaimana mereka berjaya menguasai
sistem dan perbankan hari ini.

Great Deception of Islam Banking! Mulim *MUST SEE*

Kembali kepada fakta dan sistem inilah yang didakwa ulama-ulama
perbankan Islam sebagai bukan riba, tetapi perniagaan yang disukai
oleh Allah swt. Ini kerana mereka tidak mengenakan faedah, tetapi
melibatkan Harga Jualan rumah daripada bank kepada Pembeli (Peminjam).
Apakah pendapat anda? Adakah ini riba? Saya katakan ini adalah riba
dan tiada bezanya dengan pengajaran dari cerita larangan menangkap
ikan pada hari Sabtu.

Maksudnya: “…Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai
(penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar
larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu
itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan
timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak
pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan
cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik…”; al-Quran: Al-
A’raaf:163

Perbuatan ulama hari ini membenarkan riba telah digambarkan dalam
surah Al-A’raaf. Kisahnya di mana terdapat suatu kampung Yahudi yang
dilarang menangkap ikan di hari Sabtu. Namun di bawah taqdir Allah
ikan-ikan itu hanya muncul ke permukaan air laut di hari Sabtu
sedangkan di hari-hari lainnya ikan tidak muncul.

Maka apa yang dilakukan warga kampung itu? Mereke meletakkan jala ikan
di malam Sabtu. Lalu pada hari Sabtu mereka menyaksikan ikan-ikan
tersebut masuk ke dalam jeratan jala yang telah mereka pasang.
Kemudian begitu tiba hari ahad mereka gulung jala tadi sebelum ikan-
ikan tersebut sempat keluar darinya.

Oleh itu adakah mereka menangkap ikan pada hari Sabtu? Mereka
menyatakan larangan Allah ialah menangkap ikan dan mereka hanya
mengepung tetapi tidak menangkapnya. Mereka ini cuba mempermainkan
Allah swt, maka Allah jadikan mereka monyet dan khinzir. Itulah mereka
yang sebenarnya, dan kini siapakah dipermainkan?

Apakah pula pengajarannya kepada sistem perbankan Islam hari ini?
Tiada bezanya!! Mereka menyatakan larangan Allah ialah riba dan mereka
menukarkan nama riba kepada Harga Jualan dan ini bukan riba.
Kehidupan ini sangat singkat dan kita lihat sahaja nanti siapakah yang
akan dipermainkan, samada mereka atau Allah swt.

“…mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja
seperti riba“. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli
(berniaga) dan mengharamkan riba. … Dan sesiapa yang mengulangi lagi
(perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka KEKAL
di dalamnya…; Al-Quran: al-Baqarah: 275

Dr Yusuf Al-Qaradawi di dalam bukunya Tipu Daya halalkan Riba atau
Fawa’id al-bunuk hiya al-riba al-haram (p.24), Penerbitan As-Syabab
Media,Terbitan 1997 menyatakan:

“..ada yang mengatakan bahawa bank menggunakan harta-hartanya yang
disimpan dalam perniagaan, perkilangan dan juga projek-projek
pelaburan. Tetapi pada hakikatnya ini semua tidak dapat diterima. Jika
kita ikuti lapuran belanjawan, bank-bank tersebut sebenarnya berniaga
dengan hutang, pinjaman dan juga insurans. Bank tidak melakukan kerja-
kerja asas seperti membuat pembelian, penjualan, pertanian,
perkilangan atau pembinaan… Inilah fungsi bank yang asasi dan inilah
matlamatnya. Bank ialah pemakan riba yang paling besar, yang mengambil
tempat pemakan-pemakan riba zaman silam. Bank ialah agen riba yang
utama yang memakan dan yang diberi makan (maksudnya bank hidup seperti
parasit dengan tidak tahu berusaha sendiri untuk hidup, tetapi
berusaha menghisap darah dan memerah titik peluh orang lain untuk
hidup, dan kemudiannya memusnahkan mereka yang bekerja untuk
memberinya kehidupan)…”; Dr Yusuf Al-Qaradawi

Bayangkan dahulunya bank berasal daripada individu perseorangan.
Seluruh masyarakat kampung berusaha mencari rezeki tetapi individu ini
hidup goyang kaki memerah titik peluh orang lain untuk hidup. Konsep
“money work for you” dan mewujudkan situasi hutang tidak berupaya
dibayar untuk merampas aset dan hartanah. Inilah sifat parasit dan
Allah swt memberikan gambaran parasit seperti di bawah:

“…Dan bahawa sesungguhnya tidak ada bagi seseorang melainkan apa yang
diusahakannya…”; an-Najm:39

Sekarang kita teruskan dengan rasional larangan riba dan perbankan
Islam. Kita akan melihat bagaimana permainan mereka bukan setakat itu
sahaja, tetapi jauh lebih dasyat dan advance daripada orang-orang
kafir Yahudi dan Kristian. Kita akan meninjau rasional dan menentukan
sendiri sejauh mana kebenaran dakwaan ulama perbankan bahawa “makhluk
parasit” ini diredhai Allah swt .

0 new messages