bukti kota baitul laham wujud

24 views
Skip to first unread message

HANTUKACAK

unread,
May 25, 2012, 9:38:51 PM5/25/12
to ada2aje


Ahli arkeologi Israel menemui bukti kota Baitul Laham wujud

Di Baitulmuqaddis,sepasukan ahli arkeologi Israel menemui sebuah meterai (cop mohor) berusia 2,700 tahun yang tertera perkataan Baitul Laham dalam bahasa Ibrani, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin

meterai ahli arkeologi israel menemui bukti kota baitul laham wujud

Gambar yang disiarkan dalam laman web Pihak Berkuasa Antikuiti Israel menunjukkan meterai kuno yang tertera nama Baitul Laham

Ia dipercayai bukti terawal kewujudan kota Baitul Laham seperti yang disebut dalam kitab Injil

Penganut Kristian percaya bahawa Nabi Isa dilahirkan di kota Baitul Laham

Diperbuat daripada tanah liat, meterai itu ditemui semasa kerja ekskavasi di Kota Nabi Daud, berhampiran Bandar Lama di sini

Pengarah ekskavasi berkenaan, Eli Shukron berkata, artifak berdiameter 1.5 sentimeter itu dihasilkan antara 700 hingga 800 tahun Sebelum Masihi ketika raja-raja Yahudi memerintah kerajaan Judah atau 700 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa – Agensi




--
antu has spoken
Bikes don't leak oil, they mark their territory

Siti Roha Mukhtar

unread,
May 29, 2012, 9:25:21 PM5/29/12
to ada...@googlegroups.com

nasib bukan baitul baham .. dah sume tanah depa nak baham .. :P

 

Regards

Siti Roha Mukhtar

(Purchasing Department)

Ext : 211

Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages