> Ini adalah kisah benar, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah
> bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat sengaja tidak disebutkan untuk menjaga
> nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini
> menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput.
> Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada
> saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini :
> Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai
> pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut
> macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat
> kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
> Bagaimanapun, pengalaman mengurus satu jenazah seorang yang kaya serta
> berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan 'istimewa' sepanjang
> hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan
> dan sekaligus memberikan banyak hikmah.
> Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus
> jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke
> rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.
> Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak
> jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.
> Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.
> Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut,
> cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah
> SWT.
> Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya
> potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti
> kursus "fardu kifayah" atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya
> ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.
> Tetapi selama memandikan mayat itu,kejadian pertama pun terjadi, sekadar
> untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu
> dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan
> kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang
> terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.
> Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari
> tersebut, kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati
> saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?
> Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu
> tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir.
> Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah
> dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.
> Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal
> dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu
> singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak
> almarhum.
> Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang
> berlaku pada bapanya,kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka
> juga terkejut dan panik.
> Saya katakan kepada mereka,"Inilah ujian Allah terhadap kita". Kemudian
> saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua
> anak almarhum.
> Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang
> anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi
> berada di rumah. Ketika semua anak almarhum masuk,saya nasihati mereka.
> Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu
> menguruskan jenazah bapa mereka,bukan menguruskan semuanya,tanggung jawab
> ada pada ahli warisnya.
> Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa
> mereka itu,bukan hanya iman,hanya bilal,atau guru. Saya kemudian meminta
> izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.
> Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut,tiba-tiba keluarlah
> ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira
> besar sedikit dari penutup saji meja makan.
> Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar
> biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan
> berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya
> memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta
> anak-anaknya kain kafan.
> Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat
> upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang
> lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah
> diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.
> Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu
> hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak
> dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia
> seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.
> Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil
> pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang.Memang kain
> kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang
> dapat saya lakukan.
> Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah "Ya Allah, jangan kau
> hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu
> ini."
> Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi
> masalah timbul, jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak
> ada kereta jenazah/mobil ambulance.
> Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah.
> Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta
> jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.
> Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu
> seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya
> menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj
> rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.
> Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah
> almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata
> dikhalayak ramai:
> "Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah
> itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik
> keretanya."
> Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya,tidak mungkin seorang wanita yang
> lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van
> itu membawa kembali vannya.
> Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu
> mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit
> membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu,muncul
> kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.
> Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh
> lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar,dalam perjalanan menuju kawasan
> pekuburan.
> Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah
> membantu kami menguburkan jenazah,cukup tinggal di camping saja akan lebih
> baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang
> saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat
> memilukan.
> Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang
> anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.
> Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah
> itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari
> celah tanah yang pada asal mulanya kering.
> Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya
> menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka
> dikemas dalam keranda dengan hati-hati.
> Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na'udzubillah. Kalau mayat
> terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa'at Nabi. Papan keranda
> diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.
> Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak
> mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang
> diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah
> tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.
> Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti
> menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.
> Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia
> seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan
> talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.
> Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan
> itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.
> Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak
> talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.
> Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya
> bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum
> semasa hayatnya.
> 1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
> 2. Mendapat harta secara merampas,menipu dan mengambil yang bukan haknya?
> 3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
> 4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
> 5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
> Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia
> malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya
> hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.
> Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan
> tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang
...