Re: {ada2aje} Peniaga bimbang, terganggu

3 views
Skip to first unread message

hanifadhlin...@gmail.com

unread,
Jun 17, 2013, 10:36:37 PM6/17/13
to ada...@googlegroups.com
Tua dah Boss, 46 tahun tu ... Errkk, sejak bila niaga kat situ ?

Sent from my HTC

----- Reply message -----
From: "Faizal" <fai...@ada2aje.com>
Date: Tue, Jun 18, 2013 10:28 am
Subject: {ada2aje} Peniaga bimbang, terganggu
To: "ada2aje" <ada...@googlegroups.com>

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
Kerja-kerja pembinaan bangunan sembilan tingkat di lorong Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur menimbulkan kebimbangan dan mengganggu peniaga berhampiran yang didakwa menyebabkan gangguan - UTUSAN/ fahmi muhazir

KUALA LUMPUR 17 Jun - Para peniaga tudung di lorong Jalan Tunku Abdul Rahman di sini melahirkan kebimbangan terhadap kerja-kerja pembinaan melibatkan sebuah bangunan sembilan tingkat berhampiran kawasan perniagaan mereka.

Mereka mendakwa walaupun notis sita telah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kerja-kerja pembinaan tetap diteruskan sehingga mengakibatkan pelbagai gangguan kepada mereka.

Wakil peniaga berkenaan, Faizal Abdul Rahman 46 berkata, aduan terpaksa dikemukakan kepada pihak DBKL sebelum ini apabila pemilik premis berkenaan gagal mematuhi syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan itu.

Menurutnya, ini termasuk tidak meletakkan sebarang papan tanda bagi kerja-kerja pembangunan mahupun langkah keselamatan.

"Apa yang memeranjatkan kami pemilik premis masih meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian dalam keadaan curi-curi terutama pada waktu malam.

"Apa yang mengecewakan setiap kali hujan, air yang mengalir ke bumbung kedai kami mengandungi bahan binaan, termasuk keladak simen dan pasir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Faizal berkata, pembinaan premis berkenaan juga seolah-olah cuba menganggu usaha mereka selama ini untuk mendapat perhatian DBKL bagi menaikkan taraf 12 buah kedai tudung di lorong berkenaan.

"Bayangkan apabila mereka telah memasang kotak-kotak pendingin hawa berbanding pendingin hawa secara berpusat, ke mana air dari pendingin hawa itu nanti akan disalur keluar selepas alat itu dibersihkan?

"Tentunya akan mengalir, membasahi dan akhirnya menyerap ke dinding gerai-gerai kami yang diperbuat daripada kayu ini. Akhirnya apabila kami tidak lagi mampu bertahan, tentunya kami terpaksa keluar dari sini.

"Semua ini seolah-olah cuba membunuh para peniaga Melayu yang ada di sini,"katanya.

Tambah Faizal, apa yang diharapkan DBKL dapat memberikan perhatian terhadap isu yang menjadi masalah terutama kepada kebanyakan peniaga Melayu di situ.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi mendapati premis yang dahulunya merupakan sebuah gedung kain terkenal giat melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian bagi menukar kepada ruang kedai berkonsep 'arked'.

Tinjauan mendapati para peniaga asing dilihat memonopoli arked-arked berkenaan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai dan peniaga tempatan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20130618/wk_02/Peniaga-bimbang-terganggu#ixzz2WWyYWi7S 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


--
Faizal

--
--
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "ada2aje" group.
To post to this group, send email to ada...@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to ada2aje-u...@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/ada2aje?hl=en
 
To disable reply mail/conversation/chat on one topic, follow tutorial at:
http://groups.google.com/group/ada2aje/web/disable-reply-mail-in-group
For Gmail user you can use "m" button on keyboard to mute chat/conversation
Panduan meminta/request lagu: http://groups.google.com/group/ada2aje/web/prosedur-meminta-request-lagu
 
---
You received this message because you are subscribed to the Google Groups "ada2aje" group.
To unsubscribe from this group and stop receiving emails from it, send an email to ada2aje+u...@googlegroups.com.
For more options, visit https://groups.google.com/groups/opt_out.
 
 
Reply all
Reply to author
Forward
0 new messages